Sahabat untuk selamanya

Bagaimana jika sahabat sejati itu
tiada di hadapan mata?

Jika berkenaan begini, sahabat
sejati tidak akan lupa untuk
mendoakan sahabatnya. Doa ikhlas,
memohon kebaikan, pemeliharaan,
kerahmatan, dan kekal
berpanjangan persahabatan
mereka.
Bukan itu sahaja.
Suka duka mereka disahut dalam
doa. Tidak terputus kerana
perubahan masa dan suasana.
Hati mereka sentiasa berpaut
untuk mengabdikan diri kepada
Allah, mengingati sepanjang masa
Allah SWT.
Bukankah sahabat sejati itu
seseorang yang membawa kamu
mengingati Allah?
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin
‘Amri Ibni ‘As menceritakan
bahawa ditanyakan kepada
Rasulullah (SAW):
“Siapakah kawan yang baik untuk
kami dekati mereka? Lalu
sabdanya: Sebaik baik kawan kamu
itu ialah mereka yang akan
mengingatkan kamu kepada Allah
(SWT). Apabila melihatnya akan
menambahkan ilmu kamu,
percakapannya akan
menyemarakkan semangat kamu
bersedia bekalan untuk akhirat.
(HR Tirmizi)
Tiada gunanya bersahabat kerana
urusan keduniaan. Betapa
bertuahnya seseorang yang
bersahabat kerana Allah yang
sentiasa wujud, hidup, dan kekal
berpanjangan.
“Persahabatan itu tidak terletak
ada pertemuan, tidak terletak
pada manisnya ucapan di bibir,
akan tetapi pada ingatan
seseorang terhadap sahabatnya
dalam berdoa.” (Imam al-Ghazali)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar